Agri Nature Sdn Bhd

Ramadhan Kareem

Products


 

Baja Mavabest (N10:P15:K27) + Zeolite+TE+Minerals

Apa itu Baja Mavabest?

Baja Mavabest ialah baja alternatif yang terbaik dihasilkan oleh pakar kami khusus untuk tanaman kelapa sawit, getah, padi, dan juga semua pokok buah-buahan.

Hasil inovasi ini khas untuk para pengguna atau peladang menggunakannya secara pintar, dengan menjimatkan kos pembajaan sehingga 50% dan menambahkan hasil pengeluaran secara efektif sehingga 30%. 

Baja Mavabest ini telah diperhebatkan formulanya dengan formulasi Enzym Catalyzer + Zeolite + Mikro + Makrob (TE ) serta 16 elemen nutrien yang sangat diperlukan oleh tanaman tersebut.

Baja Mavabest ini boleh digunakan sepenuhnya tanpa campuran baja-baja lain. Namun begitu, jika ingin menggabungkan baja ini dengan baja-baja biasa tiada masalah malah ianya akan menjadi lebih produktif.

Kekuatan baja ini diformulasikan khas oleh pakar baja kami khas untuk memberatkan dan melebatkan buah, menggalakkan hasil susu getah dan meningkatkan kualiti pokok serta tanah.

Mavabest ialah baja luarbiasa untuk hasil yang luarbiasa, cubalah hari ini dan buktikannya. Jaminan mutu daripada kami atau wang anda akan dikembalikan.


Baja Pintar, Pemberat, Penyubur, Pelebat & Pengalak

Kenapa ianya dikatakan Baja Pintar ?

- baja mavabest formulasi 100% baja ini adalah tanpa campuran tanah seperti baja-baja yang lain yang hanya menggunakan campuran tanah untuk mencukupkan kuantiti baja yang telah lama digunakan oleh para pengguna. Sebagai contoh, baja NPK 15:15:15. Jika dicampurkan pada keseluruhan secara kasarnya ialah 45 % sahaja, selebihnya secara jelas campuran tanah yang turut dijual kepada pengguna.

- Baja ini memudahkan kerja pembajaan dengan hanya menggunakan sudu sahaja.

- Ianya menjimatkan kos pembajaan termasuklah kos pekerja, masa dan tenaga.

- Hanya satu sudu mampu menyaingi pembajaan yang biasanya dtabur 1-2 kg baja per sepokok.

- Tiada kos tambahan dan peralatan khusus untuk pembajaan.

- Serbuk yang halus dan mudah diresap oleh akar dan tanah.


Mampukan ianya menjadi Pemberat buah & tandan , Pelebat kuantiti buah , Penyubur pokok & tanah serta menjadi Penggalak susu getah ?

Pembuktian yang dilalui oleh kami dan para pelanggan setia kami kebiasaannya hanya mengambil masa paling lama ialah sebulan untuk melihat perubahan ketara pada pelepah dan dedaunan. Proses perubahan pertama yang bakal dilihat ialah kehijauan pada dedaun yang akan bertambah baik, tanda awal kesuburan pokok. Proses tersebut amat penting bagi menyediakan pokok untuk penghasilan buah yang baik dan subur. Kandungan mineral-mineral didalam baja mavabest ini juga diformulasikan supaya mencukupkan permintaan pembajaan oleh setiap pokok yang mampu meningkatkan hasil sehingga 30 % - 40%. 

Berikut adalah rumusan daripada pemerhatian dengan pembajaan Mavabest:

- Meningkatkan Hasil dan Kualiti Tanaman sehingga 30% - 40%.

- Memberatkan Tandan Sawit / Buah-buahan

- Menambahkan jumlah tandan / kuantiti pengeluaran

- Mempercepatkan kematangan buah

- Meningkatkan kadar perahan minyak

- Menjimatkan kos pembajaan secara optimum ( upah baja / kos transport ) 

- Memudahkan kerja pembajaan

- Diperkayakan dengan Zeolite ( clinoptilolite ) sebagai pemenuh ( filler ) baja berbanding baja- baja biasa yang dicampurkan dengan tanah -tanah lengai.

- Zeolite sendiri bertindak sebagai mekanisma yang menyerap nutrien dalam tanah dan baja - baja lama (terlepas) dan melepaskan nutrien-nutrien yang diperlukan oleh pokok pada masa yang tepat.

- Merawat tanah dan penambahan zat kepada tanah dalam memperbaiki struktur tanah supaya lebih subur.

- Mengandungi mikro dan makro nutrisi yang lengkap untuk keperluan tanaman.

- Meningkatkan aktiviti mikrobiologi tanah dan mengandungi TE   ( Trace Element ) yang diperlukan oleh pokok.

- Menurunkan kadar akar menyerap zat metal berat seperti Cadmium dan plumbum yang boleh meracuni pokok.

- Mencegah kehilangan nutrisi baja yang diperlukan pokok ( tidak terjejas oleh hujan atau panas terik )

- Mencegah kerosakan dan merawat akar akibat pencemaran ammonia

- Kandungan di dalam MAVABEST ini melengkapi keperluan pokok dengan NPK yang cekap.

- Mesra alam dan tanpa kesan sampingan atau negatif pada jangka masa panjang.

Cara Pembajaan Mavabest :

1.Sawit - dua sudu di tabur pada kiri dan kanan, jarak 1-3 kaki dari pangkal pokok dengan pembajaan 4 kali setahun.

2.Buah-Buahan - 1 atau 2 sudu ditabur ditengah-tengah antara dua pokok dengan pembajaan 2 - 4 kali setahun.

3.Getah / Koko - 1 - 2  sudu ditabur ditengah-tengah antara dua pokok dengan pembajaan 4 kali setahun.

4. Padi - 2.5kg - 3 kg bagi satu relong sawah dengan menabur pada hari ke-65 penanaman.

5. Jagung - 10g - 15g ditabur antara pokok sebelum meletak benih atau apabila keluar bunga @ 55 hari penanaman.

( setiap dos yang disyorkan adalah bergantung kepada saiz pokok atau tanaman. Baja ini juga boleh dijadikan sebagai baja tambahan kepada baja organik atau baja lazim dengan pengurangan penggunaan baja biasa kepada 50 peratus kos pembajaan )

Nota; Antara pembajaan terbaik ialah:

- membaja pada musim melawas adalah yang terbaik ataupun setiap bulan dengan kadar pembajaan yang minimum.

- menggemburkan tanah atau membersihkan tanah sekeliling pokok atau dalam erti kata lain menjaga kebersihan persekitaran. Kebersihan ladang atau kebun juga dipercayai menjadi perkara yang amat penting bagi meningkatkan hasil. 

- prawning atau memotong pelepah setiap kali mengutip buah terutamanya bagi pokok sawit, kelapa, dll.

Cara-cara menggunakannya? Lain daripada yang lain? Jimat? Mudah? Hasil bertambah?

Guna sudu...? Betul ke? Dengan kelebihan - kelebihan seperti diatas?

Jangan membuat sebarang andaian, walaupun dengan hanya penggunaan baja dengan SUDU anda pasti akan teruja dan bersyukur kerana mencuba menggunakan MAVABEST.

Hasilnya, cubalah buat perbandingan sebelum penggunaan baja ini. Perbandingan tersebut mestilah meliputi keadaan pokok, kos pembajaan, cara pembajaan, pengeluaran hasil dan kualiti.

Bagi anda yang telah menggunakan, disarankan berkongsi maklumat dengan kami dan rakan - rakan seperjuangan ( pertanian / perladangan ) di setiap kawasan anda tanpa prejudis. Usaha anda pasti akan dihargai dan semoga mendapat rezeki yang lebih baik.

MAVABEST TELAH DI UJI DAN TERBUKTI SERTA KUALITI TERJAMIN.

Ramai para petani dan peladang telah mencuba dan sangat berpuas hati dengan hasil pembajaan Baja Mavabest. Sebelum baja pintar ini dipasarkan, ianya telah melalui proses demi proses ujian yang telah dibuat pada beberapa ladang atau kebun buah - buahan serta padi dan lain-lain.


$180.00

Special Instructions: What is your experienced after using this fertilizer?

Demi Masa

 



 


Facebook Fanpage Box

Subscribe To Our Site

Webs Counter

Quote of the Day

Quote of the Day

Share on Facebook

Share on Facebook

Recent Blog Entries

No recent entries

Skype Button with Status

My status

The Weather Channel

Recent Videos

2652 views - 0 comments
2061 views - 0 comments
1363 views - 0 comments
1516 views - 0 comments

Recent Forum Posts

No recent posts